Tuesday, March 25, 2014

Pizza Hut buy 1 Free 1 and Starbucks Hazelnut Macchiato 50% Off

Tengah-tengah berjalan2 , terjumpa promo2 ni.. Rajin pulak tengok promo2 macamni..ish2..

Pizza Hut buy 1 Free 1 Promotion

  • Dine-in only
  • Print out and present this coupon now
  • and you can enjoy a Regular Pan Pizza (Family Favourites only), 2 Soup of the day and 2 Iced Lemon Tea for only RM35.80

Voucher is Valid Until 30th April 2014




Starbucks Hazelnut Macchiato 50% Off


50% Off Hazelnut Macchiato
from 5pm- 7pm

Terms and Condition
  • Only available at Starbucks The Main Place ,Subang Jaya
  • Valid from 25th March -31st March 2014
  • Not entitled with Starbucks Card Reward
  • Not valid with other discount or promotion

MH370 - Kepastian Yang Tak Pasti

Malam tadi PM dah buat pengumuman tentang kehilangan kapal terbang MH370.. terkubur di Lautan Hindi.
Sedih..
Sebenarnya tak tau la kenapa aku tiba2 sedih..Iyelah kan pesen keras ati..Kiranya masih normal lagi la ni...Mungkin sebab boleh relate perasaan tu kot.. Kehilangan yang tak pasti..

Rakyat Malaysia dalam penerbangan MH370. Al Fatihah serta takziah buat keluarga mereka.

Satu negara rasa sedih pasal kejadian ni. Tapi tak kurang jugak yang terus menerus buat spekulasi. Ok fine..Memang lah misteri semua tu, tapi for a moment, boleh tak senyap? Faham perasaan ahli keluarga, kawan2, orang tersayang yang berada dalam MH370 tu?

Ada budak kat twitter maki hamun krew penerbangan, ada yang share benda2 tak patut dalam fb.. Yang pasti itu semua tujuan publisiti murahan, sebab media sosial sekarang hanya meng'highlight'kan orang2 yang sama ada terlalu baik atau terlalu buruk perangai.. Tapi diorang ni tak mampu fikir ke? Nak famous pon, fikirlahh...
Adab mana adab?

Semua orang ada interpretasi sendiri berhubung kejadian ni. Tapi tak bermakna boleh sesukahati post sana sini macam pakar dalam seluruh isu yang wujud atas muka bumi ni.
Orang yang berilmu mampu hubungkaitkan segala maklumat melalui pembacaan daripada pelbagai sumber2 sahih.
Tapi masalahnya orang2 yang tak berilmu ni, diorang tengok satu tajuk yang tersebar dalam media,hah.tambah cerita sendiri sana sini, lepastu sibuk bagitau kat semua orang apa pandangan dia. Ditegur marah.. Emosi betul aku dengan orang macamni..

Cuba fahami perasaan orang2 yang tengah bersedih.. Kehilangan orang yang tersayang dah cukup perit. Ditambah dengan kehilangan tak bernisan. Allah je yang mampu kurangkan rasa perit sakit menahan sedih tu.

Semoga tabah...