Tuesday, September 20, 2016

QURBAN AND SLAUGHTERING

SCIENTIFIC FACT THAT ISLAM WAY OF QURBAN -SLAUGHTERING IS THE BEST WAY 

FAKTA SAINTIFIK PENYEMBELIHAN CARA ISLAM ADALAH TERBAIK
Fakta saintifik yang ingin saya kongsikan ini disebarkan melalui group Doktor veterinar.
Masya Allah, semakin maju penelitian ilmiah secara saintifik, semakin banyak bukti kebenaran bahawa Islam itu sejahtera. Ternyata syariat penyembelihan Islam ini membuat ramai saintis barat terkejut.
Perhatikan fakta berikut,
1. Rasulullah SAW tidak pernah belajar cardiology tapi kebenaran syari’atnya dapat dibuktikan melalui penelitian saintifik.
2. Penelitian ilmiah telah dilakukan oleh dua saintis penternakan dari Hannover University, sebuah universiti terkemuka di Jerman, iaitu Prof. Dr. Schultz dan Dr. Hazim. Keduanya memimpin satu tim penelitian terstruktur untuk menjawab pertanyaan: “Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara Syari’at Islam yang murni (tanpa proses pemengsanan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan pemengsanan)?”.
3. Mereka berdua merancang penelitian yang sangat canggih ke atas sekelompok lembu yang telah cukup umur (dewasa). Pada permukaan otak kecil haiwan itu dipasang elektrod (microchip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG). Microchip EEG ini dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak untuk merakam dan mencatat darjah kesakitan ketika disembelih. Di jantung haiwan itu juga dipasang Electro Cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar selepas disembelih.
4. Untuk menambah kejituan ujikaji, lembu dibiarkan beradaptasi dengan EEG dan ECG yang telah terpasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa adaptasi dianggap cukup, maka separuh daripada jumlahnya disembelih mengikut Syariat Islam. Separuh lagi disembelih dengan menggunakan kaedah pemengsanan yang diadapsi oleh industri penyembelihan di Barat.
5. Dalam Syariat Islam, penyembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam untuk memotong tiga saluran pada leher bahagian hadapan, iaitu saluran makanan, saluran pernafasan serta dua saluran pembuluh darah (arteri karotis dan vena jugularis).
6. Syariat Islam tidak menganjurkan teknik pemengsanan sepertimana diamalkan oleh Barat yang menganjurkan agar ternakan dipengsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.
7. Sepanjang penelitian, EEG dan ECG pada seluruh ternakan itu dirakam untuk mengetahui keadaan otak dan jantung sejak sebelum pemengsanan /penyembelihan hingga ternakan itu benar-benar mati. Hasil penelitian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman inilah yang sangat perlu kita tahu !
PENELITIAN PENYEMBELIHAN MENURUT SYARIAT ISLAM
- Pada 3 detik pertama setelah ternakan disembelih dan 3 saluran pada leher bahgian depan terputus, didapati tiada perubahan pada grafik EEG. Ini bermakna pada 3 detik pertama setelah disembelih, tidak ada indikasi rasa sakit.
- Pada 3 detik berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penurunan grafik secara bertahap yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga ternakan itu benar-benar hilang kesedaran. Pada saat itu, ECG mencatat bahwa jantung mulai meningkatkan aktivitinya.
- Setelah 6 detik pertama itu, ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota tubuh dan mengepamnya keluar. Ini merupakan refleksi gerakan koordinasi antara jantung dan sumsum tulang belakang (spinal cord). Pada saat darah keluar melalui saluran darah di leher yang terputus, grafik EEG tidak naik, sebaliknya turun sampai ke sifar. Ini diterjemahkan oleh panel pengkaji bahwa: “tidak ada rasa sakit sama sekali !!”.
- Oleh kerana darah tertarik dan dipam keluar dari tubuh oleh jantung secara maksimal, maka terhasillah ‘healthy meat’ (daging yang sihat) untuk dikonsumsi oleh manusia. Jenis daging dari hasil sembelihan ini menepati prinsip GMP (Good Manufacturing Practise) dalam menghasilkan ‘Healthy Food’.
PENYEMBELIHAN CARA BARAT
- Ternakan terlebih dahulu dilakukan proses stunning (pemengsanan) sehingga terhuyung hayang dan rebah kononnya untuk mudah dikendali. Ternakan dengan mudah dapat disembelih tanpa meronta-ronta, bahkan seolah-olah tanpa mengalami rasa sakit. Pada saat disembelih, darah yang keluar hanya sedikit, tidak sebanyak bila disembelih tanpa proses ‘stunning’ (pemengsanan).
- Setelah proses pemengsanan, tercatat adanya kenaikan yang sangat nyata pada grafik EEG. Ini pertanda adanya tekanan rasa sakit yang dideritai oleh ternakan. Proses ‘stunning’ menggunakan elektrik atau memukul kepala itu sendiri adalah satu kesakitan yang amat sangat.
- Grafik EEG juga meningkat sangat tajam sedangkan grafik ECG jatuh ke tahap paling bawah. Ini pertanda adanya peningkatan rasa sakit yang luar biasa sehingga degup jantung berhenti lebih awal. Akibatnya, jantung hilang kemampuannya untuk menarik darah dari seluruh tubuh dan tidak mampu mengepamnya keluar dari tubuh dengan sempurna.
- Kerana darah tidak tertarik dan dipam keluar dari tubuh secara maksimal, maka ia akan membeku di dalam urat-urat darah dan daging. Ini menghasilkan ‘unhealthy meat’ (daging yang tidak sihat) dan menjadikannya tidak layak untuk dikonsumsi oleh manusia.
- Disebutkan dalam khazanah ilmu dan teknologi daging (meat science), bahwa darah beku yang tidak keluar saat ternakan mati disembelih menjadi media yang sangat baik bagi bakteria yang merupakan agen perosak kepada kualiti daging. Segala sisa antibiotik, ubat-ubatan atau semua unsur tidak sihat yang sedang beredar dalam darah yang tertinggal itu juga boleh memudaratkan kesihatan manusia.
SAKITKAH HAIWAN YANG MERONTA SELEPAS DISEMBELIH?
Meronta-ronta dan meregangkan otot selepas ternakan disembelih ternyata bukanlah ekspresi rasa sakit. Sangat jauh berbeza dari dugaan kita sebelumnya! Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita bahwa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka, pastilah disertai rasa sakit dan ngeri. Terlebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka yang menganga lebar…!
Hasil penelitian Prof. Schultz dan Dr. Hazim justru membuktikan yang sebaliknya. Pisau tajam yang mengiris leher sepertimana disyariatkan Islam dalam penyembelihan ternakan ternyata tidak ‘menyentuh’ saraf rasa sakit.
Bacaan EEG yang tidak menunjukkan rasa sakit itu membuatkan kedua-dua saintis menyimpulkan bahwa lembu yang meronta atau meregangkan otot selepas disembelih bukanlah sebagai ekspresi rasa sakit. Ia adalah satu fenomena ‘kejutan otot dan saraf’ pada saat darah mengalir keluar dengan deras.
KESIMPULAN
Memang selalu ada jawapan dari setiap pertanyaan tentang kebenaran Islam. Selalu ada pengukuhan fakta yang dapat dibuktikan dari setiap perintah Allah. Sebarang usaha memperlekehkan agama ini dari musuh Dien-Nya pasti akan terjawab jika kita rajin mengkaji dan meneliti.
Sebenarnya, sudah tidak ada alasan lagi untuk menyimpan rasa tidak tega melihat proses penyembelihan kurban apabila kita sudah tahu bahwa ternakan tersebut tidak merasa sakit ketika disembelih. Dan yang paling penting, kita dapat mengerti hikmah dari salah satu Syariah Islam dan keberkahan yang tersembunyi di dalamnya.
MAKLUMAT INI MEMBUKTIKAN APA YANG ISLAM PERINTAHKAN SANGAT BERGUNA BAGI KESELAMATAN UMMAT MANUSIA. IA HARUS DISEBAR DEMI MEYAKINKAN ANAK CUCU ATAS KEBENARAN DAN KESEJAHTERAAN CARA HIDUP BERAGAMA.
Oleh itu jangan sekali-kali makan daging haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.
Semuga perkongsian ini bermanfaat.
MASJUKI

No comments:

Post a Comment