Thursday, June 25, 2015

Tips turunkan berat badan di bulan puasa

Cewah.. Bertips2 pulak.. hehe..

Ok,bukannya apa,sejak dari tahun 2013 yakni permulaan perjalanan menurunkan berat badan, berdasarkan pemerhatian dan lab rats (yakni me myself) mendapati bulan puasa adalah waktu paling efisyen menurunkan berat badan.. Acah2 dietla..


Aku tak berapa gemar ayat diet sebab pandangan orang kita diet bererti tak makan..helloo..cmon..aku kalau x makan di hari biasa lagi la badan susah turun..
Tapi memang pun, kalau kita biarkan diri sentiasa kelaparan,otak akan secara otomatik menurunkan kadar metabolik dalam badan supaya lemak2 tak terbakar dengan cepat..kira dia nak simpan bahan api la.. Ala,contoh dia kalau masa air takde,korg mesti catu air yg korg simpan kan?sbb takut habes..bayang kan badan korg catu lemak..no.no..no..we don't want that.. lol  



Berbalik kepada bulan puasa,kualiti dan kuantiti makanan kena jaga..
Penting bagi anda mengetahui diet seimbang yang diiring dengan kadar workout atau senaman yang secukupnya..



70 % diet yakni makanan seimbang + 30 % senaman




Bagi senaman kalau anda baru nak mulakan dengan gaya hidup begini cukup sekadar cardio ringan sejam sebelum berbuka.. tak nak la pulak ada yang pengsan ditengahari kalau buat larian maraton dibulan2 puasa ni..hehe..cardio bagus untuk jantung dan pembakaran lemak.. 
Oh,jangan lupa solat terawih setiap malam (jika diizinkanla bg perempuan .hehe..) selain pahala berlipat kali ganda, pergerakan dalam terawih itu juga mampu membakar kalori..

Pemakanan pula di sini saya senaraikan perkara2 mudah :

  • Kawal kuantiti makanan. seperti nasi segenggam, 1 cawan sayur etc
  • Lebihkan sayuran dan buah buahan
  • Jangan lupa pengambilan protein seperti ikan,ayam, telur dan daging
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula,dan be creative seperti lebihkan bawang jika mahu maniskan masakan.ataupun ganti dengan madu dan rock salt
  • Minyak zaitun atau minyak jagung adalah lebih bagus. Tapi jika tiada, cukup sekadar mengurangkan penggunaan minyak. Rebus,panggang, bakar adalah lebih berkhasiat
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat mudah (roti putih,nasi putih) dan lebihkan kompleks carbo(nasi perang,wholewheat bread etc)
  • Lebihkan serat. Serat membuatkan anda kenyang lebih lama di samping membantu penghadaman
  • Minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak..atau 8-12 gelas air dari masa berbuka sehingga sahur
  • Elakkan makanan segera/diproses. Bahaya untuk badan dan tinggi dengan garam
  • Jangan lupa sahur. Dan sahur juga perlu seimbang
  • Tak perlu makan seperti pesta di waktu berbuka. Bersederhana lah..perut anda memerlukan masa. 
  • Sekiranya ke bazaar ramadhan,fikirkan sedalam2nya keperluan anda membeli makanan tersebut. Berbaloikah? Mampukah anda habiskan? Berapa banyak kandungan garam ?


Nampak mudah kan? Selamat mencuba..





No comments:

Post a Comment