Tuesday, February 11, 2014

Cinta Membuta Tuli


Hati tak buta
Hati tak tuli
Cinta mungkin suci
Cinta mungkin basi

Cinta hadir dari sanubari
Kasih Sayang Rindu 
Datang dari tempat yang sama
Begitu jua Ikhlas dan Pekerti

Namun Cinta ini pelik
Kadang dilihat jelik
Kadang dibuang berpatah balik

Cinta pada Allah 
cinta hakiki
Cinta pada ibu ayah
 cinta berkasih murni
Yang musykil
Cinta pada yang tak pasti

Yang tak pasti
Yang tak pasti
Tapi sudah gila separuh mati

Hati tak buta
Hati tak tuli
Cinta juga tak buta
Cinta juga tak tuli
Yang buta
Yang tuli
Manusia
Khalifah tersasar
Menutup minda
Mengendah iman
Memutar hati
Lalu
Cinta membuta tuli








Monday, January 6, 2014

Travel!!

Aku nak buat post ni in English lah.. bagi polish balik cara aku write up..hehe..

Alright..within 2011 and 2013, I've been to few countries :

Arab Saudi (hajj 2011, umrah 2013)
Vietnam (Ho Chi Minh) 2012
Pakistan (transit at Karachi) 2013
China (Beijing) 2013
Cambodia 2013 (backpackers! Yahoo!!)

Within my country, Malaysia, I've bee to quiet a few places with most interesting people..

Really, I would like to write down my memories throughout all of the journeys.. cause one day, who knows, I might be smiling reading it...
Yeah!!!


Cerita tentang hidup


Kalau orang yang betul2 kenal aku, diorang tau la aku ni pesen macamana.. Aku bukan jenis cerita semua benda masalah, talent, skill, riak takbur aku kat semua orang.. Hanya beberapa umat manusia je.. Even parents aku pon aku x suka cerita masalah2 aku..

Dulu masa arwah makngah aku ada, dia la yang pegang segala masalah aku.. Bila masa Allah sayang dia lebih, aku jadi terkapar2.. (eh..sekarang pon..haha) Susah nak cari orang yang faham aku + x akan judge masalah2 aku..

Sekarang ni aku ada baaaanyak gila masalah.. Tapi aku telan la sorang..haha..Selagi tak kacau orang kira ok la kan?

Lagi satu aku tak suka orang sibuk pasal masalah aku..ada beza tau antara ambil berat dengan sibuk.. tapi yang suka menyibuk ni ramai..

(Gambaq ehsan google)


Pesen orang menyibuk ni dia tanya apa masalah kau, lepas tu nanti tiba2 berita tu tersebar..kuang haja orang macamni.. Lepastu kalau tak jawab nanti sibuk nak tanya banyak kali depan orang lain..haa..Memang aku tak suka..

Macam blog ni luahan sukahati aku..tapi kalau secara depan2, aku tak suka bagitau apa sebenarnya aku rasa.. Kau nak bagitau satu dunia kau perasan orang suka kau, sukahati kau lah...aku tak..

Perasaan aku milik aku..
Hati aku milik aku..
Fikiran aku milik aku..
Aku milik Allah..

Bak kata fynn jamal dalam lagu 150 juta la (aku benci lagu ni mula2 sebab cara ainan tasneem tu nyanyi..tapi bila tau n dengar lagu asal, oih,apasal kau telah menyimpangkan ekspresi lagu tu!)


"Buat apa dicerita bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya peduli orang kata.."

Thursday, January 2, 2014

Tahun baru..


Aku memang tak berapa gemar dengan tahun baru tahun baru ni..

In fact aku tak gemar dengan masa..

Dengan dateline..

Dengan umur..

Dengan kehidupan..

Mungkin sebab aku tersangkut dalam hidup..

Antara yang aku mau dan kehendak orang lain..

Aku taknak semua ni..

Tolong Bukakan jalan...

oh..Selamat Tahun Baru...

Friday, December 13, 2013

Banjir!



Secara tulus, aku tak pernah ingat apa-apa peristiwa berkaitan main air banjir..
Cuma dulu masa kecik-kecik ada la satu insiden ni..

Kampung aku kat Kedah, Kota Kuala Muda.. area sawah bendang, dekat r ngan muara sungai kan.. haruslah ada aktiviti banjir saban tahun.. 
Family aku balik kampung ada la 2x setahun kot..

Bila balik kampung tidur ramai2, tak pun satu family satu tilam nipis tu dan satu kelambu..
So, satu malam ni, tengah2 syok tidur, tiba2 mak aku kejut,

" Adik! Adik kencing tilam eh?? habis basah!! "
(ye..mak aku gtu, apa2 aku kena dulu..)

Haruslah aku blur...seingat aku mana ada aku kencing tilam lagi dah masa tu..
Sekali tengok, banjir,air dah masuk rumah..
*Boleh bayangkan tak perasaan aku kena accuse tu..mujur masa tu kecik lagi..*

Btw,itu je memori yang aku ada pasal banjir..mungkin sebab intonasi mak aku yg terus melekat dalam kepala ni..

Sekarang ni kan area Pantai Timur terjejas teruk ngan banjir ni.. 
Kesian tauu.. Aku ada gak saudara-mara ngan kawan2 and family diorang kat Pahang ngan Terengganu.. Nerves tau.. Dahla aku ni pesen kalau risau,tak reti nak tanya..so,risau la sorang2.. Doa sorang.. Xpe kot..huhu..

Ape2 pon, aku doakan,semuanya selamat.. Dan semoga Allah mempermudahkan segala kesulitan yang dihadapi.. Semoga semua yang terkesan tabah dengan apa yang berlaku..

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…"(Surah al-Baqarah : 155)

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…." (al-Baqarah 286)

Thursday, October 24, 2013

Korg tak tengok Citer Hindustan ke?

Chennai Express..Shah Rukh Khan..

Meh story mory..

Dari kecik memang boleh tahan jugakla perangai aku pesen suka tengok citer Hindustan..

Giler siap boleh hafal lirik by heart tau...

Sampai entah macamana boleh faham bahasa Hindi dengan Urdu..

Kalau Zee Channel tu, tak letak subtitle, boleh la faham sikit..Mama pon kadang2 takjub.. Tapi takjub dia memang akan perli2 aku la kan.. "Tak nak kerja kat India ke?"

Haritu pergi umrah kitorg pergi-balik transit kat Pakistan..

Mama dekat Karachi Airport..kecik je..gaya macam dalam citer hindustan dulu2 yg hero sempat kejar heroin kat airport..patutlah sempat..


Pakistani pakai bahasa urdu..Bahasa urdu ni ala2 bahasa arab sikit.. Even tulisan dia pon tulisan jawi ala2 la..aku asah bahasa ni agaknya sebab kadang-kadang aku dok tengok drama-bersiri-yang-entah-tak-tau-bila-abes Qubool Hai tu.. tengok online dia takde subtitle..so aku paham sendiri la..+ baca gak written episode..tapi sekarang xla gigih follow tiap2 hari..ye2 je..


(Gambar ihsan cik Google)


Tapi untung tau..diorg mengata kat belakang aku paham la..lepas gi bisik2 kat mama..haha..

Kat airport lagi best..ada makcik kastam tu dia check2 aku (diorang kat sana check dlm bilik mcm bilik salin baju selak2 langsir tu) dah abes2 tu tiba2:

Makcik kastam: Ab urdu bol sakti hai? (awak boleh cakap urdu?)
Aku: Err..thooda..(sikit,,sambil buat gaya tangan)
Makcik kastam : Thodii..(dia betulkan grammar aku seyh) 
*Lepas tu dia tanya la aku datang dari mana dengan sapa*
Aku : Meri abbu,ammi,dadi,aur err (kes lupa atok dlm bahasa dia apa..tapi aku gaya macam budak2 la jawabnya..)

Gembira gila makcik kastam tu..
Aku la paling lama kat dalam bilik tu sampai semua orang tanya kenapa..
Best jugakla masa tu..

Korang kalau nak pergi negara orang better belaja sikit2 bahasa negara tu.. It comes in handy..membantu gila..

So,berbalik kepada tajuk...Aku baru je download cerita Chennai Express dari link ni:


Free watch online movie..

Disebabkan cerita ni ada mix bahasa tamil,wajib lah ada subtitle..haha..

Baru nak tengok je pon..tapi ada si King Khan tu berlakon ok lah kot...harap xlah jenis cerita seksyi meksyi...

Sukati je aku letak tajukkan??hahaha..
Ambik kau post pasal hindustan...tengah weng lah ni...

Friday, October 11, 2013

Budu





"Meh aku ajar kau makan budu..Letak cili, bawang bla..bla..bla.." 
(Dengan penuh semangat yang membara seorang kawan ingin berkongsi informasi penting dalam kehidupannya.)

"Tak nak tau..aku tak makan budu.."
(Tolak dengan tegas)

"Belacan ngan cencaluk aku makanlah,tapi budu tidak sekali.. kecuali tercampur..dalam nasi kerabu...ter..takmengapa.."

"Kau tak cuba.. kau tak tau.. mungkin kalau cuba,boleh melekat, bila tak dapat, rindu.."
(Masih cuba memujuk..)

"Mungkin.. Tapi tidak mengapa.. Aku sanggup dianggap jahil kerana budu.."


Dogmatism terhadap kenegerian kah? Aku pun tak tahu...

Mungkin ia murni dari hati...

Bayangkan perbualan yang sama tetapi tajuk berbeza seperti Bahasa Cina, pelaburan, agama, politik dll.. Sama saja kan..?


(Gambar ihsan sang google)