Sunday, November 15, 2015

Fly Away From Life

Have you been wondering where will your destiny will be if you are not being chained onto your current life? 
If only there is one way ticket with all the things that adequately enough for you to start your new life?
Leaving behind everything without any feelings?

For me, there are part of me that really adore this kind of idea because I feel there is nothing else left for me with my current life. That emptiness that I feel could rather hurt me inside out. The loneliness not from being alone but being with the same people that i knew since forever but there are no sparks in any kind of relationship, neither in friendship, family nor love.

There are says that if you couldn't make peace with what you have then what are you expecting with what will you get in the future. But if a place does not suits you well why should you still be there right?

I am having this emotional entanglement with my life. I have not been able to make any progress as if I'm stuck un-moved for quiet a while. As if few years- awhile.

I really really really need to move forward but somehow I don't know how.

Sighing does not helping right? I need to move my ass for my future self. 
Seeing the world is one of my deep obsession and I need to make my effort to achieve that obsession. I wish.
How I wish

Dear me,
There will be no one else that could help you except for you yourself.
Make your move or forever you will be lost in place you hate.

Flyaway. Fly high and don't look back!


Sunday, August 30, 2015

Sweet Heart

Because its ice cream
Ice cream mend the broken heart
Ice cream soothe the burning soul
Ice cream fill the empty feel
I love youu ice creamm

Thursday, July 30, 2015

Hello Friday

Lemang berpindah.. Lol

Flu, Selsema, Ha-choo!

Sekarang musim hujan panas hujan panas kan? Bila hujan selebat-lebatnya siap ribut taufan terbang bumbung segala. Tapi bila panas, 40'c dan lebih kot. Masuk kereta masa panas boleh suffocate.

Kan ada few kes budak kena tinggal dalam kereta, dan penjaga dia mungkin asalnya nak pergi kejap je. Kita yang dewasa ni pun duduk kejap dalam kereta dah meracau nak bukak aircond, inikan pula budak, baby pulak tu. Kesian. Tapi tak boleh judge jugak kan, tak tau apa pulak nasib kita kalau diletakkan dalam kondisi penjaga tu. Mungkin dia betul2 sangat rushing-banyak barang nak angkut ke kan.


Ok. Berbalik kepada cuaca. Sekarang ni pun ramai orang demam. Bayang lah orang yang minum 3 liter air sehari ni pun boleh demam selsema uhuk2 bagai,ini kan pulak orang yang memang sentiasa tak cukup air. Serious tau, air kena minum dengan cukup. Musim tak panas pun kena minum air sentiasa, inikan pulak musim panas macamni. Badan perlukan air untuk berfungsi dengan baik. Rahsia badan lawa pun minum air. Bukan air manis arr.. Air kosoongg.. (macamla yg menulis ni badan lawa sangat..hahaha) Tapi betulla..doktor kan kata macam tu, even orang yang jual ubat kurus pon suruh minum air banyak2 kan? Sebenarnya orang2 tu jadi kurus bukan sebab ubat tu sangat pon. Tapi sebab air bergelen2 yang tiba2 diminum sebab orang jual ubat tu suruh. Hahaha

Eh, menyimpang lagi. Hehe. Semalam cari la ubat yang biasa makan dari zaman sekolah lagi untuk selsema yakni Clarinase. Ubat tu macam mentos tapi tak de side effect mengantuk. Cari punya cari boleh tak jumpa, tak de. Oh oh me gosh sangat. Yela paling tak suka selsema okay. Sebab selsema akan menyebabkan ketakselesaan seluruh muka, tengkuk, badan jadi panas a.k.a demam. Lepastu datang pulak sepupu sepapat dia yakni sakit tekak dan batuk. Siapa kalau masa nak selsema atau tengah selsema telinga dia akan overdose gatal? Hoomai sakit jiwa ok.

Disebabkan tak jumpa si Clarice eh,clarinase..( Clarice tu girlpren Dr. Hannibal Lector.. ) maka,balik buat la home remedies for flu. Pengobatan secara alami untuk selsema bak kata google. Sepatutnya try yang ni dulu lah kan sebelum cari ubat farmasi? Lol.
Tak tau la ini ubat traditional ke apa. Tapi basic fungsi halia, lemon dan madu ni kan memang diguna pakai untuk banyak benda.

Halia-bagus untuk penghadaman, buang angin
Lemon - Vitamin C (penting untuk imunisasi)
Madu - mother of all healing ingredient (malas nak hurai..haha)

Bahan2 atau ingredients untuk ubat au de natural untuk selsema dan batuk (ada yang panggil tonik , tak paham ai) :

Semug air / 1 mug of water
Halia /ginger 1 inch or more
Slices of half lemon or more
1 sudu madu /1 tablespoon of honey


Sebenarnya ikut la nak berapa banyak boh dalam tu.. Air jangan la letak sepenuh periuk, tapi kalau nak buat untuk sekampung silakan..

Ai letak seruas halia yang disagat. Didihkan dalam beberapa minit agak2 seronok, lepas tu letak sekali dalam 3 hirisan lemon tu kejap. Tutup api. Tuang dalam cawan. Bagi rileks kejap, boh madu, minum. Tido.


Hahaha..esoknya selsema aku takdela elok seratus peratus.Tapi tak la macam serobong kapal tersumbat. Paling2 kurang la srot sret srot sret tu.

Kena ingat, benda2 natural alami ni bukan sekali makan terus baik. Dia pelan2 bagi kesan. Haha.. selamat mencuba!

Monday, July 27, 2015

Double Chocolate Muffin

There's nothing wrong with appreciating your life with indulgence right? Lol. For me it's all about food. I'm a sugar fan.. Thus I need to find a way of health and the stuff that I actually love which are by the way ain't so healthy.. 




Somehow I forgot on which blog did I get this yummylicious-fullfilling muffin recipe but here it goes:

Double Chocolate Muffin

recipe from : google (I'm sorry, if the owner comes to this please tell me..)

Ingredients

300g  all purpose flour
80g cocoa powder
1 tbsp baking powder
1/2 tbsp baking soda
1/4 tsp salt
250g granulated sugar
100g butter - melted
250ml buttermilk -1cup
2 large eggs
150g dark chocolate (70%) -coarsely chopped

Steps
Heat oven to 200'c (392F). Prepare a cupcake pan with 12 muffin liners

Mix flour, cocoa powder, baking powder, baking soda and salt in bowl. Set aside

Mix sugar, butter , buttermilk and eggs in a large bowl

Add dry ingredients to wet ingredients and mix until just combined.

Stir in chocolate. But save 1/4 of the chocolate to put on top of muffins

Divide batter between 12 liners filling them completely full and sprinkle with remaining chocolate pieces

Bake 18-21 minutes or until cake tester comes out almost clean

Good Luck!!



p/s: Muffin coklat yang best ni adalah sangat2 yummm!! resepi penuh dengan coklat.. untuk penggemar coklat adalah sangat bersesuaian



Friday, July 24, 2015

Balik kampung!

Balik kampung and the food I hunted for will be like....

NASI LEMAK SO CUTEEE VERSIONNN

Wednesday, July 15, 2015

Hari Raya datang lagi

Pasti semua dah semangat nak raya kan?
Baju raya,kuih raya,cookiesss, perabot raya, karpet raya, anak raya, bini raya, laki rayaa..eh??lol..


Seperti tahun2 sebelumnya,semangat raya makin pudar..entahla kenapa.. tapi memang dari dulu semangattu tak berapa nak ada pon.. (oihh..tiba2 ada orang bakar mercun)

Korang buat apa time2 macam ni? Standard kalau kat rumah memang tak berapa meriah,setakat kemas rumah intensifff (sapu,mop,tukar langsir,lap kipas lalalalala) dan kalau lebih rajin buatla kuih raya sikit2..

Siapa ada perangai kuih raya kena buat masa bulan puasa?? Angkat tangan(^_^)/  Macam bad habit pulak..sepatutnya hujung2 ni mengimarahkan masjid xpun isi apa2 amal yang tak cukup di bulan ramadhan..tapii.. hehehe..

Tahun ni tak beli pon kuih raya,eh..ada2.. sebalang cornflake sebalang tart nenas.. yang lain buat la kot.. Kot di sini bermaksud tak buat lagii..kecuali ni kuih siput ni dengan german cookies..


Kuih siput


German cookies yumm

Semua pon first time buat.. kuih siput tu mak oii renyahh... lama betul menggentelnye.. tapi..german cookies best..sedap,cair dimulut gituu.. (masuk bakul angkat sendiriii)

ok2..berharap malam sikit ada semangat balik nk mengadun sebab siang tadi cuba buat kek lapis masam manis tapi x jadi pulakk..sedih ooo..patah hati..

Apa2 pun Selamat Hari Rayaa!! Berhati2 di jalan rayaa..Hidup jem di Malaysiaa!!

Saturday, July 11, 2015

Love-Hate

Wonder if it's love or hate
Your actions keep reminding me how I should keep you out of my heart
But for every layers of walls that I built
A simple smile
Is all it takes
And everthing will crumble 
From walls into dust

Guess that hate
Is for myself
For being too dumb to hold my heart
For being too soft with such gesture 
For letting myself falling without a safety net
By the struck of a first smile

Sunday, July 5, 2015

Wednesday, July 1, 2015

Simple Thought

Be nice to others .. People's judgement always lead to negative self esteem if one's couldn't handle it.

Thursday, June 25, 2015

Tips turunkan berat badan di bulan puasa

Cewah.. Bertips2 pulak.. hehe..

Ok,bukannya apa,sejak dari tahun 2013 yakni permulaan perjalanan menurunkan berat badan, berdasarkan pemerhatian dan lab rats (yakni me myself) mendapati bulan puasa adalah waktu paling efisyen menurunkan berat badan.. Acah2 dietla..


Aku tak berapa gemar ayat diet sebab pandangan orang kita diet bererti tak makan..helloo..cmon..aku kalau x makan di hari biasa lagi la badan susah turun..
Tapi memang pun, kalau kita biarkan diri sentiasa kelaparan,otak akan secara otomatik menurunkan kadar metabolik dalam badan supaya lemak2 tak terbakar dengan cepat..kira dia nak simpan bahan api la.. Ala,contoh dia kalau masa air takde,korg mesti catu air yg korg simpan kan?sbb takut habes..bayang kan badan korg catu lemak..no.no..no..we don't want that.. lol  



Berbalik kepada bulan puasa,kualiti dan kuantiti makanan kena jaga..
Penting bagi anda mengetahui diet seimbang yang diiring dengan kadar workout atau senaman yang secukupnya..



70 % diet yakni makanan seimbang + 30 % senaman




Bagi senaman kalau anda baru nak mulakan dengan gaya hidup begini cukup sekadar cardio ringan sejam sebelum berbuka.. tak nak la pulak ada yang pengsan ditengahari kalau buat larian maraton dibulan2 puasa ni..hehe..cardio bagus untuk jantung dan pembakaran lemak.. 
Oh,jangan lupa solat terawih setiap malam (jika diizinkanla bg perempuan .hehe..) selain pahala berlipat kali ganda, pergerakan dalam terawih itu juga mampu membakar kalori..

Pemakanan pula di sini saya senaraikan perkara2 mudah :

  • Kawal kuantiti makanan. seperti nasi segenggam, 1 cawan sayur etc
  • Lebihkan sayuran dan buah buahan
  • Jangan lupa pengambilan protein seperti ikan,ayam, telur dan daging
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula,dan be creative seperti lebihkan bawang jika mahu maniskan masakan.ataupun ganti dengan madu dan rock salt
  • Minyak zaitun atau minyak jagung adalah lebih bagus. Tapi jika tiada, cukup sekadar mengurangkan penggunaan minyak. Rebus,panggang, bakar adalah lebih berkhasiat
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat mudah (roti putih,nasi putih) dan lebihkan kompleks carbo(nasi perang,wholewheat bread etc)
  • Lebihkan serat. Serat membuatkan anda kenyang lebih lama di samping membantu penghadaman
  • Minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak..atau 8-12 gelas air dari masa berbuka sehingga sahur
  • Elakkan makanan segera/diproses. Bahaya untuk badan dan tinggi dengan garam
  • Jangan lupa sahur. Dan sahur juga perlu seimbang
  • Tak perlu makan seperti pesta di waktu berbuka. Bersederhana lah..perut anda memerlukan masa. 
  • Sekiranya ke bazaar ramadhan,fikirkan sedalam2nya keperluan anda membeli makanan tersebut. Berbaloikah? Mampukah anda habiskan? Berapa banyak kandungan garam ?


Nampak mudah kan? Selamat mencuba..





Monday, June 22, 2015

Nukilan Mukhriz Mahathir terhadap Tun Mahathir

I copied this from a facebook pages but somehow I could't find it afterwards..
It is sweet though..

Copied from Facebook: 

" Daulat seorang ayah, nukilan rasa Mukhriz mengenai ayahnya. Sempena Hari Bapa yang jatuh pada hari ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menulis ucapan buat ayahnya.
Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.
Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.
Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”
Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.
Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.
Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH
Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.
Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.
Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.
Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH
Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.
Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.
Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.
Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.
Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.
Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.
Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.
Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.
Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.
Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.
Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.
Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari. Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.
Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.
MRSM DAN JEPUN
Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan.
Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan. Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.
Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.
Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!
MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.
MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.
Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah. Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur.
Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.
Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.
Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam. Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.
Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.
Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.
Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah. Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.
Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?
Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.
Apa rahsianya? Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?
Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN
Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.
Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?
Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.
Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”
Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya. Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan. Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.
Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.
Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.
Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.
Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI
Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.
Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”
Saya jawab: “Boleh”.
Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”
Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”
“Bila nak berhenti?” tanya ayah.
“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.
“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.
“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI
Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.
[Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!]
Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.
Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.
Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.
Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.
Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015

---------------------------------------------------------------------------------
Catatan di Facebook oleh Mukhriz Mahathir yang juga merupakan Menteri Besar Kedah, anak kepada bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamed.







Sunday, June 21, 2015

Ridiculous Monday

That moment when you drank almost 2 liters of water in the morning and you are stuck in a traffic jam afterwards..fufufufu

Oat Oatmeal Oatlala

I love oats!!
Well there I say it..
There are times where I really2 hate emm..The times when people said I should eat it coz its good for body,heart, cholestrol yada yada yada..
I actually forced myself to eat those full bowl..
After quite awhile and I already getting used to the taste,hey,its actually okay,fulfilling my always-hungry tummy and I can have em in any way I want it too..

Ermm yummm... (^_^)
Another reason for me to love oats is that less time consuming.. Instant oat is much more instant-er to cook than instant noodles!!lol!
I always had those overnight oats when I know its gonna be a chaostic morning on the next day..
Even cooking rice takes time,so I will just substitute my carbs with oats..

Oaaatyyyy!!!

Thursday, June 18, 2015

Selamat Berpuasa!! Happy fasting!!

Happy celebrating month of barakah everyone! May this month of Ramadhan not only give great impact on the Muslims but others  too..

For those who fasting for the purpose of detoxification, good luck.. And for those whose fasting for Allah's blessing, may you always be under His guidance and protection.

Traffic jam Oh-SO-AweSomEe-NOT

Who loves getting stuck in a traffic?
If there's anyone that actually even like to be in such condition, maybe he/she is a pure hearted-city born. Too pure to be true..Lol.
You see,they keep telling us when all new highways are completed, traffic issues will be solved. Guess what, the flow always be like this
Heavy traffic -> Additional Lane Road Project -> Bare heavier traffic caused by the project -> Roads wider,but cars are just increasing in numbers ,still heavy traffic -> New projects (eg : Highway) -> Under construction please bare with the traffic -> And so on
Keeps repeating.. I'm talking about the city.. The already congested city.. No matter how many new highways and road projects are there, the way I view this, they are just trying to cater all the increasing number of cars on the road rather than trying to figure out how to reduce the amount of cars especially during peak hours.
Yeah,I'm one of those person that find it is hard to be on the wheel in my city but also find it is hard to be on the public transport as the connection from one to another is quiet erm inconvenient..
Back in my uni times,I learn about the sustainable city planning. Having to visualize this concept to be adapt upon the city is actually excites me. But visualizing is much much much more easier than implementing right?
I don't know what when wrong that I did not pursue my excitement, everything actually went wrong..but hey, that's a new chap.. In the mean time, play it cool, laugh, and hit those gas on the kinda-clear road!! Oh yeahh!

Wednesday, June 17, 2015

Random Wednesday

Nutella cheese tart homemadeee... (Coz dieting has its up and down..lol)


Tuesday, June 2, 2015

Depression

Depression..
Is not due to laziness..
Is not the ability of a person to clean up all the mess he/she had in life..
Is not because of tiredness..
Is not something that you could just open up the window and let it go..
It's a disease..spreading from inside..
Anchor one's life to the ground without compassion
It can happens to anyone..
Even the girl with the brightest smile..
Look into her eyes.. She's drowning..
Just look into her eyes..

Pic from Google  

Clean Eating or Just Trying To Find Balance in Everything?

Around two years ago I went to a medical check up and doctor told me I was Obese. Note that I was always an overweight girl throughout my years growing up and already adapt to the idea of Being-Heavy..

But, when doctor said the word Obese, I was like "Oh, did I just exceed my limit??"
With the longgg nag from the doctor and somehow "friendly" nurse about every single sickness that I could guess, the mind started to ponder. 

The first step was hard.. like really really really really hard.. I was not quiet a sport person type and my favourite foods was always fast foods. During my uni life, i would probably went to McDonalds almost everyday with Spicy chicken McDeluxe wit nuggets, icecream,pies and extra fries as side dished.. lol..

(Did I mentioned bout my weight? I was 76kg or in pound would be around 168 lb)

Yeah for some it is not that heavy, but that amount gave enough pressure on my kinda injured back to annoyed me with pain.

Somehow I managed to persuade myself to cut out the fast food and went for swim. (I should not put it as swim cause I don,t really know how to.. let just say I self taught my self to move from one point to another with muchhhh effort.. hahahaha..)

After a year I manage to cut out more than 10kg. (yeah..it's a long run but atleast the weight ain't come back..)

Only in the second year that I learn bout the terms of clean eating, all types of diets, HIIT, cardio, weight training, calories intake, metabolic rate, all sort of stuff.. And I've met many awesome people along the way..


Though I've managed to put out 16kg.. the struggle is still there.. Maybe it's about emotional state that I should learn on how to control.. My mind is still saying I'm that obese girl.. sigh..

There's one part of me telling my self bout how I should control my food intake.. All 'clean', less sugar, less salt, organic, self prepared and all.. But believe me, in the world where I lived, it's a hard one.. Malaysian food are known for the spice, cholestrol-ish,oilish and with those the balance must come with salty and sugary dishes. It's quiet a struggle to restrain yourself from the foods we grew up with. And worse, the environment, the people around us does not understand the struggle and keep sarcastically telling us how unworthy all the efforts are.. 

Being in the situation, I learn to find a peace in between. I just eat like normal people, but trying (quiet hard) to control the portion and having the healthiest choice that I could make. It is still hard for other people to accept that way, but at least I compromise with myself.. what I want..

People will feel intimidate when they see or know something that are different from their normal life believes. And when they see others achieving their goals with that 'differences' , people will either be scared or supportive. That's how life goes..

So, let's end this mumbling with food pics.. There are times I tried to be lean so I prepared my meal.. I tried..I tried..(^_^)







Monday, April 20, 2015

Travel without money?


Is it even possible??
Any suggestions on how to start travelling without much money. ?
Travelling around the world.
Maybe some awesome stories.
I really need some ideas about it
I think people who always travel have awesome attitude towards life
They are more open in a way of seeing things
Being stuck in a routine daily life somehow makes me feel like I'm closing up to the real world

I've been to some countries like Cambodia, Indonesia (Bandung) by backpacking and somehow I crave for more

Help. (^_^)

#Random


Kata Raja Pedang Deir, hati hati dengan cinta,
Kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,
Orang gemuk menjadi kurus,
Orang normal menjadi gila,
Orang kaya menjadi menjadi miskin,
Raja menjadi budak,
Jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu